Monday, July 28, 2008

HIDUP MEMANG PALAT.

Maaf dihulur buat yang terutama kalinya. jika anda tidak faham Bahasa Melayu tidak mengapa kerna anda seorang guru pelatih Bahasa Inggeris.
Aku sedikitpun tidak mengerti kerna apa yang aku lakukan ini bukan hak milik aku seorang. Walaupun aku seorang pemilik laman ini mungkin bukan aku yang menguruskan ini semua.
Jika tidak puas hati, aku sedia berdebat, berdepan dan mengaku jika aku salah.
Mungkin anda tidak puas hati dgn saya terutamanya Azmi, maaf dipinta, tapi aku tidak kisah kerna telah ku nyatakan diawal waktu lagi ini adalah laman untuk membuat t**k.
Ini Blog Aku. Biarkan si mulut-mulut jahanam berbicara sendiri sedangkan aku menyedari apa yang aku omongkan ini hanyalah ilusi.
jika maseh tidak berpuas hati, buka laman sendiri, kutuki aku sepuas-puasnya kerna aku lebih mengerti apa yang lebih palat daripada hidup ini.
Jangan berbicara dengan aku tentang hidup kerna kamu belum pernah merasa erti hidup sebenarnya.....
Jika kamu bekas banduan, akan ku hormati mu kerna dipenjara kamu akan ketahui hidup yang sebenarnya.....
Memastikan kemandirian SPESIES..............

Saturday, July 26, 2008

Craftsman

As he pours his skill
Into the chisel’s blade
He dreams of
A bird with opened wings.

He frames in his thoughts
A world beatiful and blue
Before the bird is released
To spread across the sky.

He is a patient craftsman
Gathering up all his love
Not stinting his sweat
That drops on the carefully composed feathers.

Sometimes blood spatters from his fingers
Reminding him of the distant strife
“May this bird that I release
not return with a wounded wing.”
INI MALAM UNTUK KITA BERDUA
(LIM SWEE TIN)

Kau kunyahkan sebelah dari sepiku ini akan kutelan jua sebahagian dari resahmu
Lalu duka kitapun akrab

Lim Swee Tin

Salah seorang pengarang di Malaysia yang sudal lama berkecimpung dalam dunia kepenyairan. Beliau merupakan penerima S.E.A Write Award 2000 (penghargaan tertinggi bidang kesusasteraan di Asia Tenggara oleh Kerajaan Diraja Thailand. Selain sering muncul di kaca televisyen mendeklamasikan puisi, penyair Lim Swee Tin turut giat memberi ceramah penulisan kreatif di dalam dan luar negara. Beliau pernah diundang mendeklamasikan sajak di Singapura, Indonesia, Thailand, Taiwan dan United Kingdom. Beliau kini Pensyarah Kesusasteraan Melayu di Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi Universiti Putra Malaysia (UPM).


Dilahirkan di
Bachok, Kelantan pada 26 September 1952. Dalam bidang penulisan, Lim cenderung menulis puisi. karya awalnya terbit pada tahun 1973. Lim juga menghasilkan cerpen, novel dan tulisan-tulisan bercorak kesusasteraan. Pada tahun 1990, beliau mewakili negara pada acara Pengucapan Puisi Dunia Kuala Lumpur. Pada tahun yang sama, Dewan Bahasa dan Pustaka memilih beliau bagi program Penataran Karya Sastera selama hampir sebulan di Jakarta, Indonesia.


Antara karya yang telah diterbitkan ialah "Eva" (1981), "Akrab" (1985), "Menyusur Musim" (1991), "Seorang Anak Kecil dan Sajak-sajak Lain/A Child and Other Poems (puisi dwibahasa, 1993), "Masih" (1997), "Sebuah Fragmen Cinta" (1998) dan "Nyanyian Sepi" (puisi dwibahasa, 2000).


Lim Swee Tin pernah memenangi Hadiah Sastera Malaysia 1982/83, 1986/87, 1988/89, Hadiah Penghargaan Anugerah Puisi Putra 2, 1983 melalui antologi "Akrab". Hadiah kedua Peraduan menulis Cerpen dan Puisi 100 Tahun Kuala Lumpur, Hadiah Sastera Utusan Melayu - Public Bank, Hadiah Cerpen DBP-Maybank dan banyak lagi.
Puisi beliau berjudul "Ketika Kami Bercerita Tentangnya" telah dipilih sebagai teks puisi di dalam antologi "Anak Bumi Tercinta" yang merupakan antologi Komponen Sastera Dalam Bahasa Melayu bagi Tingkatan 3.


KARYA:

-Berkelana di Belantara Kata
-Bisik Pada Angin
-Citra Kurnia
-Memetik Mawar
-Nota Waktu
-Nyanyian Sepi (Mandarin)
-Prahara Di Padang Karbala
-Rindu Seorang Salina

Thursday, July 24, 2008

SORRY....

I am very sorry to Siti Hawa since I'm in not a mood to critics or condemn about you and your blog or your stuff.... Sorry....

AKU SEMAKIN BINGUNG...

Adapun Lim Swee Tin pernah menulis di dalam sajaknya, tentang kemanusian yang pura-pura hanyalah membawa bencana kepada diri sendiri dan manusia di sekelilingnya. Tentang ini aku masih tidak mengerti kenapa manusia boleh bersikap sebegitu rupa sedangkan diri sendiri sedang berkata aku perlukan ia.....
Mungkin sifat kemanusian yang semakin tandus di kalangan manusia sendiri memungkinkan kita terleka akan kesilapan diri.....
Disini sekalung kemaafan dikalungkan kepada mereka yang terasa...
P/s: Ini sebenarnya luahan hati seorang rakan terhadapku, kalau aku, pergi mampus orang nak kata apapun kat aku. Ibarat aku kisah dengan kata-kata orang....

Monday, July 21, 2008

Ini wadah untuk membuat kutukan...

Sila rungkaikan segala permasalahan anda di blog ini kerana disini tidak dihadkan tempatnya untuk menghantar kutukan. Pihak saya sedia menerima ia seadanya kerana mengumpa itu lumrah manusia terutamanya bagi kaum Hawa amnya dan Siti Hawa Nasir khususnya....
Blog ini bukanlah tempat yang sesuai untuk meluahkan perasaan cinta ataupun menyatakan seseorang itu 100% miliknya.... Tidak sama sekali....
Wassalam....