Saturday, July 19, 2008

Potret Diri- Muhammad Hj. Salleh

di kaca malamyang disalut oleh raksa rusuhterlintas wajah dirijauh dan separuh sedia.

dengan apakah akan kubaca bayang?dengan kata-kata songsang atau selaridari perbendaharaan musuh atau kawan,atau kelip percayayang mencipta api?

dengan gema tuduhterbina latar hina,meleleh percik prasangkamataku tajam seperti tasikyang melontarkan matahari.akhirnya bayang berubah dakwat.

dengan pujiatau puas diricerah turun pada mataditambah warna dari gembira.ada bintang di gunung,nyanyian burung di jendela.

tapi ada juga yang tidak dirubah bahasawarna masih menyata sifatdan suara pernah berdoa.
aku mati berhari-haridibunuh bayang sendiri,tapi segera dibangunkan kembalidengan renjis hayat dan darahpanggilan anak dan jemputan tetangga.
kerana aku penyairaku harus berdiri di depan cermindan menerima setiap tanda.



26 september 1985

No comments: